Semester 1 - Akhlak
Bercakap Benar
STANDARD
KANDUNGAN :
|
Memahami
dan mengamalkan bercakap benar.
|
STANDARD
PEMBELAJARAN:
|
Menjelaskan
adab bercakap benar
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
1. Menyatakan
maksud bercakap benar.
2. Menyenaraikan
ciri-ciri bercakap benar
3. Menjelaskan
kelebihan orang yang bercakap benar melalui contoh dan cerita
4. Menerangkan
akibat tidak bercakap benar.
5. Sentiasa
bercakap benar dalam kehidupan.
|
MASA
:
|
60 minit
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyatakan
maksud bercakap benar
|
1.
Maksud bercakap benar ialah
mengatakan sesuatu yang hak. Allah SWT berfirman di dalam Surah At Taubah :
119
|
|
Wahai
orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama
orang-orang yang benar.
|
|
2.
Ciri-ciri bercakap benar :
a)
Tidak menokok tambah berita yang diterima
b)
Tidak melakukan fitnah.
3. Kelebihan orang yang bercakap benar melalui contoh
dan cerita:
a)
Orang yang bercakap benar mudah mendapat
kepercayaan daripada orang lain.
b)
Contoh cerita kelebihan bercakap benar :
Berdasarkan
kepada kisah Ulama’ sufi Syeikh Abdul Kadir Jailani, sejak kecil ibunya
mengajarnya agar bersikap jujur dan berkata benar walaupun dalam keadaan
terdesak kerana jika sikap ini diamalkan insyaallah bantuan dan pertolongan
Allah akan kita peroleh. Ketika berusia 18 tahun, beliau telah memia izin
ibunya ke Baghdad bagi menuntut ilmu agama. Sebelum berangkat ibunya berpesan
supaya tidak bercakap bohong. Ibunya membekalkan wang sebanyak 40 dirham dan
diletakkan di dalam pakaian Syeikh Abdul Kadir. Beliau berangkat ke Baghdad
bersama satu rombongan menuju ke Baghdad. Dalam perjalanannya Syeikh Abdul
Kadir dan rombongan telah diserang oleh 60 orang penyamun. Kesemua harta
kafilah dirampas tetapi barang milik Syeikh Abdul Kadir tidak diusik.
Bagaimanapun salah seorang penyamun telah bertanya kepadanya apa yang beliau
miliki. Lalu Beliau berterus terang yang dia mempunyai 40 dirham dalam
pakaiannya. Tanpa belas kasihan, penyamun itu memotong pakaian Syeikh Abdul Kadir.
Ketua penyamun bertanya mengapa kamu bercakap jujur kepad kami. “ibu berpesan
agar jangan sekali-kali bercakap bohong, apatahlagi aku hendak ke Baghdad
untuk menuntut ilmu. Sekiranya aku berbohong, ilmu yang akan aku perolehi
tidak berkat dan tidak mendapat keredaan Allah.
Mendengar
kejujuran dan penjelasan Syeikh Abdul Kadir, Ketua penyamun telah insaf dan
sedar akan dosa dan kezaliman yang telah dia dan kawan-kawanya lakukan, dan
telah memulangkan semua barang-barang yang telah dirampas dan berjanji tidak
akan menjadi penyamun lagi.
4.
Akibat tidak bercakap benar :
a)
Tidak mendapat kepercayaan daripada rakan atau
masyarakat.
b)
Sukar untuk mendapat kerjasama apabila diperlukan.
c)
Menjatuhkan maruah diri kerana melakukan
pembohongan.
d)
Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri,
rasuah dan lain-lain.
|
|
CADANGAN
AKTIVITI
|
|
1. Menerangkan
maksud bercakap benar.
|
|
2. Sumbangsaran
ciri-ciri bercakap benar.
|
|
3. Pertandingan
bercerita berkaitan kelebihan orang yang bercakap benar.
|
|
4. Perbincangan
dalam kumpulan berkaitan akibat tidak bercakap benar.
|
|
5. Cadangan
dan galakan guru kepada murid agar sentiasa mendidik diri dengan sifat
bercakap benar.
|
|
CADANGAN
PENTAKSIRAN
|
|
1. Nyatakan
maksud bercakap benar.
|
|
2. Senaraikan
ciri-ciri bercakap benar.
|
|
3. Jelaskan
kelebihan bercakap benar dalam kehidupan seorang pelajar.
|
|
4. Terangkan
akibat tidak bercakap benar.
|