Semester 1 - Akhlak
Konsep Akhlak Islamiah
STANDARD
KANDUNGAN :
|
Memahami
dan menjelaskan konsep akhlak Islamiah
|
|
STANDARD
PEMBELAJARAN:
|
Menjelaskan konsep akhlak Islamiah
|
|
1. Menyatakan maksud
akhlak Islamiah dan contohnya.
2. Membezakan sifat mahmudah dengan
sifat mazmumah.
3. Berusaha beramal dengan sifat
mahmudah
|
||
MASA
:
|
60 minit
|
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Menyatakan
maksud akhlak Islamiah dan
contohnya
|
|
a) Dalam
Islam , akhlak bersumberkan dari dua sumber yang utama iaitu al- Quran dan as
- sunah. Menurut Imam Ghazali, maksud akhlak Islamiah ialah suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih
dahulu. Contoh : menghormati ibu bapa
dan amanah dalam pekerjaan.
b) Firman
Allah Taala: “ Sesungguhnya Engkau
seorang yang memiliki peribadi yang agung (mulia)”.
c) Sabda
Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk akhlak
yang mulia.“.
d) Maksud
sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji.
e) Manakala sifat mazmumah adalah lawan sifat
mahmudah. Mazmumah bermaksud sifat yang keji.
|
||
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Membezakan
sifat mahmudah dengan sifat mazmumah
|
|
Sifat
Mahmudah
|
Sifat
Mazmumah
|
|
Akhlak yang terpuji
seperti ikhlas, sabar, syukur, khauf ( takut kemurkaan)
raja’ (mengharapkan redha Allah, adil,
amanah dan tawaduk.
|
Akhlak yang terkeji
seperti pemarah, bakhil, pendendam, hasad dengki, tamak, takabbur , sombong,
riya’,’ ujub ,cintakan dunia dan kemegahan .
|
|
KRITERIA
PENCAPAIAN :
|
Berusaha beramal
dengan sifat mahmudah
|
|
1.
Taat kepada Allah dan Rasul.
2.
Sentiasa rajin menuntut ilmu.
3.
Istiqamah dalam melakukan
kebaikan.
|
||
CADANGAN
AKTIVITI
|
||
1. Sumbangsaran kepentingan akhlak
Islamiah.
|
||
2. Perbincangan dalam kumpulan
mengenai contoh-contoh individu yang
bersifat mahmudah dan mazmumah.
|
||
3. Simulasi watak sifat mahmudah dan
mazmumah dalam kelas.
|
||
4. Cadangan dan galakkan guru kepada
murid agar berakhlak mulia.
|
||
CADANGAN
PENTAKSIRAN
|
||
1.
Nyatakan maksud akhlak Islamiah
|
||
2.
Nyatakan perbezaan antara akhak
mahmudah dan akhlak mazmumah
|
||
3.
Jelaskan dua akibat buruk jika
tidak mengamalkan akhlak Islamiah.
|