Semester 1 - Ibadah
Keistimewaan Syariah Islam
STANDARD KANDUNGAN :
|
Memahami dan menjelaskan
hukum-hukum Islam dalam bidang ibadah
|
STANDARD PEMBELAJARAN:
|
Menjelaskan asas hukum dan
keistimewaan Syariah Islamiah
|
1. Menyatakan
takrif hukum-hukum berikut:
a) Wajib
b) Sunat
c) Haram
d) Makruh
e) Harus
2. Menyatakan
keistimewaan syariah Islamiah berdasarkan perkara-perkara berikut
a) sempurna
dan lengkap.
b) sesuai
sepanjang zaman.
c) tidak
membebankan.
d) adil.
3. Meyakini
keadilan hukum Allah SWT.
|
|
MASA :
|
40
|
KRITERIA PENCAPAIAN :
|
Menyatakan takrif hukum-hukum
berikut:
1. Wajib
2. Sunat
3. Haram
4. Makruh
5. Harus
|
1. Wajib:
Perkara yang diberi pahala apabila melakukannya dan berdosa apabila
meninggalkannya.Contoh: Solat lima waktu dan menunaikan haji
|
|
2. Sunat:
Perkara yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa apabila
meninggalkannya. Contoh: Solat Sunat Tarawih.
|
|
3. Harus:
Perkara yang tidak diberi melakukannya dan tidak berdosa meninggalkannya.
Contoh: Makan dan minum.
|
|
4. Makruh:
Perkara yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila
melakukannya. Contoh: Memakan makanan berbau busuk.
|
|
5. Haram:
Perkara yang berdosa apabila melakukannya dan diberi pahala apabila
meninggalkannya.
|
|
KRITERIA PENCAPAIAN :
|
Menyatakan keistimewaan syariah
Islamiah berdasarkan perkara-perkara berikut
1. sempurna
dan lengkap.
2. sesuai
sepanjang zaman.
3. tidak
membebankan.
4. adil.
|
1. Sempurna
dan Lengkap: Syariah Islamiah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia
iaitu ibadat, muamalat, munkahat dan perundangan.
|
|
2. Sesuai
sepanjang zaman dan tempat: Syariah Islamiah sesuai diamalkan pada bila-bila
masa dan tempat dalam semua situasi dan keadaan.
|
|
3. Tidak
membebankan: Syariat Islamiah sesuai dengan kemampuan manusia. Islam
mengambil kira keadaan-keadaan tertentu semasa melaksanakan perintah Allah.
Contohnya: apabila seseorang itu tidak mampu berdiri dia boleh bersolat dalam
keadaan duduk.
|
|
4. Adil:
Syariat Islam tidak membezakan taraf hidup, pangkat dan kedudukan manusia
dalam hukum hakamnya.
|
|
KRITERIA PENCAPAIAN :
|
Meyakini
keadilan hukum Allah SWT.
|
1. Yakin
kepada semua hukum dan perintah Allah SWT adalah adil dan sesuai
dilaksanakan.
|
|
2. Melaksanakan
semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan -Nya.
|
|
CADANGAN
AKTIVITI
|
|
1. Sumbang
saran contoh-contoh hukum.
|
|
2. Soal
jawab maksud hukum-hakam dalam Islam.
|
|
CADANGAN PENTAKSIRAN
|
|
1. Senaraikan
hukum-hukum dalam Islam berserta contoh.
|
|
2. Terangkan
pengertian hukum wajib.
|
|
3. Jelaskan
perbezaan antara wajib dan sunat.
|
|
4. Senaraikan
keistimewaan Syariat Islamiah.
|