Monday, 16 September 2013

Bahagian Tamadun Islam Semster 1 - - Zaman Khulafa’ al Rasyidin

Semester 1 - Tamadun Islam
Zaman Khulafa’ al Rasyidin

STANDARD KANDUNGAN :
Pemerintahan Zaman Khulafa’ al Rasyidin, Prinsip Pemerintahan dan Penyebaran Islam
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan sejarah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.     Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.
2.     Menjelaskan biodata ringkas pemerintah Khulafa’ al Rasyidin.
3.     Menjelaskan ciri-ciri pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.
4.     Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
MASA :
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN :
  Menyatakan maksud Khulafa’ al Rasyidin.
a)    Khulafa Al Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.
b)   Mereka ialah Khalifah Abu Bakar Al Siddiq, Khalifah Umar bin Al Khattab, Khalifah Usman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan biodata ringkas pemerintah Khulafa’ al Rasyidin.
a)               Khalifah Abu Bakar Assiddiq
a.     Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
b.     Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
c.      Keturunan Bani Tamim
d.     Lelaki pertama memeluk Islam
e.      Diberi gelaran As Siddiq oleh Rasulullah.
f.       Memerintah dari 11-13H/ 632-634M
g.     Wafat pada 23 Jamadil Akhir tahun 13H
 
b)                  Khalifah Umar bin Al Khattab ra.
a.    Nama beliau Umar bin Al Khattab bin Al Naufal
b.    Dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran RAsulullah.
c.    Keturunan Bani ‘Adi.
d.    Memeluk Islam pada tahun ke 6 selepas kerasulan Nabi
e.     Digelar sebagai Al Farouq oleh Rasulullah.
f.     Memerintah dari 13-23H/634-644M, iaitu selama lebih kurang 10 tahun.
g.    Wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.
 
c)               Khalifah Usman bin Affan
a.     Nama beliau Usman bin Affan bin Al Ash bin Umayyah
b.    Dilahirkan pada 576M, enam tahun selepas tahun gajah di Mekah.
c.     Berketurunan Bani Umayyah.
d.     Digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasullullah.
e.    Wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 hijrah ketika berumur 80 tahu kerana dibunuh oleh pemberontak.
 
d)             Khalifah Ali bin Abi Talib.
a.     Nama beliau Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib.
b.    Dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi menjadi RAsul, iaitu pada tahun 601M di Mekah.
c.     Berketurunan Bani Hasyim.
d.     Kanak-kanak pertama memeluk Islam
e.      Digelar Abu AlHasan dan Abu Turab.
f.       !--[endif]-->Wafat pada 17 Ramadhan tahun 41H/661M.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menerangkan ciri-ciri pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Ciri-ciri Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin : -
1)            Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
2)            Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
3)             Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
4)             Rakyat dilayan sama rata.
5)             Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia menerima pendapat rakyat.
6)          Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menerangkan dasar pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
1.        Undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan   sunnah.
2.         Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad.
3.          Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil.
4.        Khalifah adalah ketua Negara.
5.        Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang.
6.        Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.
7.         Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
8.         Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah.
9.          Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin.
CADANGAN AKTIVITI
1.     Kajian perpustakaan.
2.     Pembentangan sinopsis novel tokoh Islam.
3.     Folio tentang empat orang Khulafak Ar Rashidin.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Menyatakan maksud Khulafak Ar Rashidin.
2.     Menyebut biodata ringkas empat orang Khulafak Ar Rashidin
3.     Menyenaraikan ciri-ciri pemerintahan Khulafak Ar-Rashidin
4.     Mengarang cerita pendek / sajak / pantun tentang Khulafak Ar Rashidin.
5.     Teka teki / kuiz