Monday, 23 September 2013

Bahagian Hadis Semester 3 - Persaudaraan Dalam Islam

Semester 3 - Hadis
Persaudaraan Dalam Islam


 STANDARD KANDUNGAN :
Membaca dan memahami Hadis

STANDARD PEMBELAJARAN:
Membaca, memahami dan mengamalkan hadis berkaitan persaudaraan dalam Islam
 
KRITERIA PENCAPAIAN :

1.     Membaca hadis dengan betul.

2.     Menyatakan terjemahan hadis.

3.     Menjelaskan kepentingan persaudaraan dalam Islam.

4.     Menjelaskan cara memupuk persaudaraan .

5.     Menjelaskan pengajaran hadis.

6.     Sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan .

 MASA :
120 minit
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Membaca hadis dengan betul.

 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan terjemahan hadis.

Daripada Abi Hamzah Anas bin Malik RA, telah bersabda Rasulullah SAW: tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan kepentingan persaudaraan dalam Islam.

1.     Persaudaraan dalam Islam merupakan satu cabang iman yang wajib dilaksanakan.

2.     Memartabatkan syiar Islam.

3.     Memajukan ekonomi negara.

4.     Umat Islam menjadi kuat dan dihormati masyarakat lain.

5.    Menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan mudah.

6.     Mewujudkan umat Islam yang hidup aman dan sejahtera.

7.    Mengundang rahmat,  berkat dan kemurahan rezeki daripada Allah SWT.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan cara memupuk persaudaraan .

1.     Sentiasa solat berjemaah di surau atau di masjid.

2.    Sentiasa menunaikan hak-hak persaudaraan seperti, menziarahi saudara ketika sakit, memenuhi undangan, mendoakan orang lain ketika bersin dan lain-lain.

3.    Menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti, gotong royong, menghadiri majlis kenduri dan lain-lain.

4.     Saling hormat menghormati dan bersopan santun antara satu sama lain.

5.     Sentiasa mengamalkan akhlak mahmudah dalam diri.

6.     Meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri.
 
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan pengajaran hadis.

1.    Setiap umat Islam wajib mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi diri sendiri, seperti tidak memperlakukan sesuatu yang tidak diinginkan oleh diri sendiri.

2.    Kita hendaklah sentiasa berakhlak mahmudah dalam semasa bergaul dengan orang lain seperti  tidak menyakiti orang lain baik emosi  dan jasmani.

3.    Iman yang sempurna akan terhasil daripada pemupukan semangat persaudaraan dalam Islam.

KRITERIA PENCAPAIAN :
Sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan .

1.     Membaca dan mengamalkan doa untuk kesejahteraan rakan.

Contoh doa:

Ya Allah ampunilah dosa-dosa _________________________________ dan berkatilah kehidupannya dan limpahilah kesihatan kepadanya.


2.     Membudayakan doa selepas solat

CADANGAN AKTIVITI :

1.     Guru memperdengarkan hadis.

2.     Murid membaca hadis dengan bimbingan guru.

3.     Guru menterjemahkan matan hadis.

4.     Perbincangan kumpulan kepentingan persaudaraan dalam Islam, kesan tidak mementingkan persaudaraan dalam Islam dan cara memupuk persaudaraan.

5.     Menyediakan folio berkaitan tajuk perbincangan yang dijalankan.

6.     Membaca dan mengamalkan doa yang berkaitan persaudaraan.

CADANGAN PENTAKSIRAN :

1.     Jelaskan tiga kepentingan persaudaraan dalam Islam.

2.     Jelaskan tiga kesan tidak mementingkan persaudaraan dalam Islam.

3.     Jelaskan tiga cara memupuk persaudaraan .