Friday, 27 September 2013

Bahagian Akidah Semester 2 - Menjelaskan Dosa



Semester 2 - AKIDAH
Menjelaskan Dosa


STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat

STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan dosa:

1.      Menderhaka ibu bapa

2.      Zina

3.      Arak dan dadah

4.      Riba

5.      Judi

6.      Mencuri

7.      Memfitnah

KRITERIA PENCAPAIAN

1.     Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.

2.     Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

3.     Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.

MASA
60 minit

KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.

Menderhaka ibu bapa
Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan syarak, menyinggung perasaan dan berlaku kasar terhadap ibu bapa.
Zina
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.
Arak dan dadah
Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang di peram. Dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.
Riba
Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis dan pertukaran matawang.
Judi
Pertaruhan yang melibatkan wang atau barangan.
Mencuri
Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.
Memfitnah
Menuduh seseorang tanpa bukti.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

1.     Mendapat balasan dosa dan akan diazab di akhirat.

2.     Menjatuhkan maruah diri, keluarga dan masyarakat.

3.     Menghilang kewarasan akal.

4.     Memecahbelahkan masyarakat dan memutuskan ikatan silaturahim.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

1.     Mendalami ilmu agama dan ketakwaan kepada Allah SWT.

2.     Memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia.

3.     Meningkatkan amal ibadah dan menjauhkan amalan negatif.

4.     Melazimi istighfar dan berdoa agar dijauhkan daripada dosa.

KRITERIA PENCAPAIAN
Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia.

1.     Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.

2.     Melazimi taubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

3.     Menjaga batas pergaulan dan memilih rakan yang baik.

CADANGAN AKTIVITI

1.     Penerangan pengertian dosa.

2.     Sumbang saran dosa-dosa yang sering dilakukan oleh murid.

3.     Menjana idea cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Penyediaan folio kesan-kesan dosa dalam masyarakat.

CADANGAN PENTAKSIRAN

1.     Nyatakan pengertian dosa-dosa di bawah:

a.     Menderhaka ibu bapa -

b.     Zina -

c.      Arak dan dadah -

d.     Riba -

e.      Judi -

f.       Mencuri -

g.     Memfitnah –

2.     Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.

3.     Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.

4.     Menyediakan folio kesan-kesan judi dan zina dalam masyarakat.