Sunday, 29 September 2013

Bahagian Akhlak Semester 2 - Menjaga Maruah Diri

Semester 2 - AKHLAK
Menjaga Maruah Diri
STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan mengamalkan adab menjaga maruah diri
 
STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan adab menjaga maruah diri
 
KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan maksud menjaga maruah diri
2.     Menerangkan cara menjaga maruah diri melalui :
i.   Percakapan
ii.  Pakaian
iii. Pergaulan
3.     Menjelaskan kelebihan orang yang menjaga maruah diri.
4.     Menerangkan akibat orang yang tidak menjaga maruah diri.
5.     Sentiasa memelihara maruah diri dalam kehidupan.
 
MASA
60 minit
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Menyatakan maksud menjaga maruah diri
Setiap muslim wajib menjaga diri dan maruah daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri . Umat bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepda ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan unsur asing yang merosakkan.
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan cara menjaga maruah diri melalui :
i.           Percakapan : menggunakan perkataan yang baik dan sopan, bertutur dengan lembah lembut, percakapan yang menyenangkan, bahasa sopan bila berinteraksi, bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan negara, bercakap benar.
ii.         Pakaian : berpakaian menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang, Kemas dan bersih,Tidak      memakai pakaian berlambang yang diharamkan dan tidak sesuai bagi seorang muslim.
iii.       Pergaulan : memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu, menjaga tatasusila dan hukum syarak, hormat-menghormati, ramah mesra, kasih sayang antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat dan pandangan, menjaga rahsia dan keaiban orang lain, mementingkan sahabat lebih dari diri sendiri.
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kelebihan orang yang menjaga maruah diri.
1.     Hidup diberkati kerana mendapat petunjuk Allah SWT
2.     Mendapat pahala kerana mengikut syariat Allah SWT
3.     Disayangi, disegani, dan disanjungi oleh rakan dan masyarakat
4.     Membendung  jenayah yang mengakibatkan kehancuran Negara
5.     Melahirkan masyarakat sejahtera, bersatu padu dan negara yang aman
 
KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan akibat orang yang tidak menjaga maruah diri iaitu :
1.     Hidup tidak diberkati oleh Allah SWT
2.     Jauh daripada petunjuk Allah SWT
3.     Mendapat dosa kerana melanggar syariat Allah SWT
4.     Terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat sekeliling
5.     Mendorong berlakunya kes jenayah seperti rogol dan sumbang mahram
6.     Lahir masyarakat yang kucar kacir dan negara tidak tenteram.
7.     Masyarakat memandang rendah dan meghina orang tidak bermoral
 
PENTAKSIRAN ADAB MENJAGA MARUAH DIRI
1.     Menerangkan maksud menjaga maruah diri.
 
____________________________________________________________
 
____________________________________________________________
 
2.     Terangkan cara menjaga maruah diri melalui percakapan, pakaian dan pergaulan.
 
3.     Jelaskan  2 kelebihan orang yang menjaga maruah diri.
 
___________________________________________________________
 
___________________________________________________________
 
4.     Terangkan  3 akibat orang yang tidak menjaga maruah diri.
 
____________________________________________________________
 
____________________________________________________________
 
____________________________________________________________
 
CADANGAN AKTIVITI
1.     Menerangkan maksud menjaga maruah diri.
2.     Simulasi cara menjaga maruah diri melalui percakapan, pakaian dan pergaulan.
3.     Perbincangan dalam kumpulan berkaitan kelebihan orang yang menjaga maruah diri.
4.     Peraduan menulis rencana ringkas akibat tidak menjaga maruah diri.
5.     Cadangan dan galakan guru kepada murid agar sentiasa menjaga maruah diri.
 
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Menerangkan maksud menjaga maruah diri.
2.     Terangkan cara menjaga maruah diri melalui percakapan, pakaian dan pergaulan.
3.     Jelaskan kelebihan orang yang menjaga maruah diri.
4.     Terangkan akibat orang yang tidak menjaga maruah diri