Monday 16 September 2013

Bahagian Tamadun Islam Semester 1 - Imam al Syafie Rahimahullah


Semester 1 - Tamadun Islam
Imam al Syafie Rahimahullah

STANDARD KANDUNGAN :
Imam al Syafie Rahimahullah
STANDARD PEMBELAJARAN:
Menjelaskan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.
KRITERIA PENCAPAIAN :
1.       Menyatakan riwayat hidup Imam al Syafie Rahimahullah secara ringkas.
2.       Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah.
3.     Menjelaskan kegigihan Imam al Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu.
4.       Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.
5.       Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.
6.       Sentiasa mencontohi kegigihan Imam al Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu.
MASA :
60 minit
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan riwayat hidup Imam al Syafie Rahimahullah secara ringkas.
1.           Nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafi’b in Saib.
2.           Keturunannya bertemu dengan salsilah Nabi pada datuknya Abdu Manaf.
3.      Dilahirkan Ghazzah(Gaza) daerah Asqalan, Palestin pada tahun 150H/767M.
4.           Gelaran As Syafie adalah sempena datuknya iaitu Syafi’ bin Saib.
5.           Meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menyatakan sifat peribadi Imam al Syafie Rahimahullah
1.     Kuat ingatan dan boleh menghafaz kesemua pelajaran yang diajar.
2.     Gigih dalam menuntut ilmu.
3.     Seorang yang terang hati,
4.     Rajin.
5.     Peribadinya yang sangat tinggi.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan kegigihan Imam al Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu.
1.    Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz al-Quran ketika usia 9 tahun.
2.    Ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muwattok, karangan Imam Malik
3.    Beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram
4.    Beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami.
Beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menjelaskan sumbangan Imam al Syafie Rahimahullah kepada tamadun Islam.
1.    Mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum.
2.    Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu.
3.    Berijtihad mengikut tempat dan suasana.
4.    Dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah.
5.     Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat.
6.     Mazhab Syafie.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Menerangkan iktibar daripada sejarah Imam al Syafie Rahimahullah.
1.              Kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu.
2.              Disiplin – sangat menjaga masa.
3.              Mengambil berat tentang pelajaran Al Quran pada usia yang muda.
KRITERIA PENCAPAIAN :
Sentiasa mencontohi kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu
CADANGAN AKTIVITI
1.    Membuat kerja kursus
2.   Kajian perpustakaan.
3.   Perbincangan berkumpulan.
CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Nyatakan riwayat hidup Imam Syafie secara ringkas.
2.     Nyatakan sifat peribadi Imam Syafie yang wajar diteladani oleh seorang pelajar.
3.     Senaraikan sumbangan Imam Syafie kepada tamadun Islam.
4.     Membuat folio lengkap tentang riwayat hidup dan sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam.