Tuesday, 11 March 2014

Latar Belakang Dan Faktor Kegemilangan Kerajaan Abbasiyah - Bahagian Tamadun Semester 3

KERAJAAN ABBASIYYAH

LATAR BELAKANG KERAJAAN ABBASIYAH
  1. Diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah; al-Abbas
  2. Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan bani hasyim yang menganggap tampuk pemerintahan islam lebih layak disandang oleh mereka
  3. Memerintah lebih daripada lima kurun yang bermula pada tahun 132h hingga 650h
Struktur Kerajaan
  1. Kerajaan ini mewarisi sistem khilafah secara warisan seperti juga kerajaan Bani Umaiyah.
  2. Ia dipimpin oleh 37 orang khalifah.
  3. Sistem pentadbirannya banyak diadaptasi dari sistem pentadbiran kerajaan parsi, ini disebabkan kerana karana aramai orang parsi yang memeluk islam dan menjawat jawatanpenting dalam kerajaan Abbasiyah.
  4. Sistem pemerintahannya beurutan seperti berikut;
  • Khalifah - Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah islam.
  • Al-wazir-Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri dan jabatan kerajaan.
  • Ad-dawawin-Jabatan-jabatan kerajaan. Ia berada dibawah pengawasan al-kuttab (sekretari).
Khalifah-khalifah Kerajaan Abbasiyah yang terkenal;
  1. Abu Abbas Abdullah Assuffah
  2. Abu Ja'far al-Mansur
  3. Harun ar-Rasyid
  4. Al-Makmun

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kestabilan politik
  • Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.

Dasar politik kerajaan Abbasiyah
  • Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
  • Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.
Kedudukan Baghdad yang strategik
  • Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat.
  • Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat.
Perpaduan antara kaum
  • Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti Turki, Parsi dan Arab.
  • Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara.
  • Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
  • Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam.
  • Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat.