RUKUN IMAN
Rukun- RukunIman ada enam iaitu seperti disebutkan dalam hadis, ketika
Jibril bertanya kepada Nabi
Muhammad S.A.W . tentang iman.
Nabi Muhammad S.A.W. menjawab: 'Kamu beriman
kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan
beriman kepada ketentuan baik dan buruk- Nya." Muttafaqun 'alaih.
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
1 ) BERIMAN KEPADA
ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman
yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah
s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha
Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka
bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak
menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah
wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung.
Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang
setara atau seumpama dengan Allah." (Surah al-Ikhlas 1 -
4)
2) BERIMAN KEPADA
MALAIKAT
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap
orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan
daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat
manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh.
Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib
mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
|
Tugasnya
|
Jibril
|
Menyampaikan wahyu
|
Raqib
|
Mencatat amalan keburukan
|
Atib
|
Mencatat amalan kebaikan
|
Izrail
|
Mengambil nyawa
|
Mikail
|
Menurunkan rezeki
|
Israfil
|
Meniup sangkakala
|
Mungkar
|
Menyoal orang mati
|
Nankir
|
Menyoal orang mati
|
Malik
|
Menjaga neraka
|
Ridzuan
|
Menjaga syurga
|
3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun
Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah
s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi
menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.
4) BERIMAN KEPADA
KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib
beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t
mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki.
Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril
a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah
kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah
kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
- Taurat - Nabi Musa a.s
- Zabur - Nabi Daud a.s
- Injil - Nabi Isa a.s
- Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
- Nabi Syits - 50 suhuf
- Nabi Idris - 30 suhuf
- Nabi Ibrahim - 10 suhuf
- Nabi Musa - 10 suhuf
5) BERIMAN KEPADA
HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib
beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat
(pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di
padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka
semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
- Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
- Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
- Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
- Pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
- Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
- Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
- Banyak berlaku gerak gempa.
- Keluar dajjal merosakkan agama.
- Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
- Keluar Yakjuj dan Makjuj.
- Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
- Terbit matahari dari sebelah barat.
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga
sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya
bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan
Allah s.w.t.
Erti Qadar : Ketentuan yang mesti
berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan
oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
- Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
- Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
AKIBAT TIDAK
MEMPERCAYAI RUKUN IMAN
- Terbatal iman
- Cenderung untuk melakukan perbuatan maksiat dan dosa
- Mudah terdedah kepada perkara nagetif
- Meragui kebesaran dan kekuasaan Allah
- Mudah melakukan perbuatan dosa
- Hidup porak-poranda
- Terdedah kepada azab Allah S.W.T