PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN IMAN
1. Kufur (kufur hakikat
dan kufur nikmat)
- Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatan)
- Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala) ia membatalkan iman atau akidah
- Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat (contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan iman atau akidah.
2. Kufur (kufur hakikat
dan kufur nikmat)
- Kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad.
- Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)
- Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
3. Riddah
- Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.
- Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:
CARA
|
HURAIAN
|
I’tikad
|
Berniat hendak meninggalkan agama Islam
|
Perkataan
|
Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
|
Perbuatan
|
Menganut agama selain daripada agama Islam
|
Kesan daripada
perbuatan riddah
- Hubungan suami isteri terfasakh
- Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
- Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
- Haram dikebumikan diperkuburan Islam
- Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang
murtad
- Memberi nasihat supaya dia bertaubat
- Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh
Hikmah hukuman bunuh
terhadap orang murtad
- Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
- Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam
- Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
- Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam
4. Khurafat
- Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam
masyarakat
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- Membuang ancak bagi menghalau hantu
- Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.
Kesan mempercayai dan
mengamalkan khurafat
- menyebabkan syirik dan batal imannya
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik
- masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.
5. Sihir
- Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.
Cara mengelakkan
daripada terkena sihir
- Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan Allah
- Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir
- Sentiasa membaca al-Quran
- Beribadah dengan ikhlas
6. Nifak (Munafik)
- Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah.
- Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.
Akibat buruk munafik
- Menghilangkan sikap percaya mempercayai
- Melemahkan perpaduan masyarakat
- Menghancurkan kekuatan umat Islam
- Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat
- Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.