Wednesday, 5 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 12) - Bahagian Ibadah Semester 3

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA

bubapa ialah mereka yang paling banyak berjasa kepada kita.Mereka telah melahirkan dan membesarkan kita.Mereka mengorbankan kepentingan diri demi anak-anak.Sejajar dengan itu anak wajib mentaati dan berbuat baik terhadap kedua ibubapa meskipun berlainan pegangan agama.Allah menjanjikan pahala kepada mereka yang mentaati kedua ibubapa dan Islam meletakkan mereka di tempat yang paling mulia.

Menghina dan menderhakai ibubapa ialah melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesusahan atau penyeksaan kepada ibubapa dari segi fizikal, mental atau jiwa (perasaan).

a. Bentuk penyeksaan dan contoh

Penyeksaan fizikal
Memukul, mengasari, membiarkan dalam keadaan kesakitan (uzur), kelaparan dan sebagainya.

Penyeksaan mental (perasaan)
Mengherdik, memaki, menengking, menipu, mengeluarkan kata-kata kesat atau menyakitinya.


b. Perbuatan mulia terhadap ibubapa
  1. Menghormati mereka sepanjang masa.
  2. Mentaati segala perintah dan kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan hokum syarak.
  3. Melakukan sesuatu perkara yang boleh menyenang dan mengembirakan hati ibubapa.
  4. Member keperluan hidup kepada mereka mengikut kemampuan anak-anak setakat mana yang diperlukan.
  5. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka ketika susah dan sakit.
  6. Memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya keapada mereka terutama ketika mereka sudah tua dan uzur.
  7. Mengucapkan kata-kata yang sedap didengar dan tidak sesekali mengking atau sebagainya.
  8. Hendaklah selalu mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keampunan untuk mereka sama ada mereka masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
  9. Menunaikan segala wasiat yang baik, menjelaskan hutang piutang atau menunaikan ibadah haji yang wajib bagi mereka setelah meninggal dunia.
  10. Mengekalkan hubungan silaturrahim yang baik dengan sahabat handai mereka setelah mereka meninggal dunia.