Sunday, 2 March 2014

Tawadduk - Bahagian Akhlak Semester 3


SIFAT TAWADUK

MAKSUD TAWADUK

Tawaduk iaitu rendah hati.
Allah menggambarkan keadaan mereka dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati.”
(Surah al-Furqan, ayat 63)

Tawaduk bererti merendah diri disertai dengan hormat menghormati  di antara satu sama lain,  tiada perasaan tinggi rendah, mulia dan hina.

Takbur atau sombong adalah lawan kepada tawaduk  yang diharamkan Allah.

Orang tawaduk itu ialah yang bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapatkan kedudukan itu.

Asysyibly berkata:"Siapa yang merasa diri berharga,maka ia tidak bertawaduk".(tidak ada bahagian dalam tawaduk).

Abu Sulaiman Addarany berkata:"Seorang hamba tidak dapat bertawaduk kepada Allah hingga mengetahui kedudukan dirinya"(letak dirinya).Abu Yazid berkata:"Selama seorang itu merasa ada orang yang lebih jahat daripadanya,maka ia sombong".Dan ketika ditanya:"Bilakah seorang itu bertawaduk?"Jawabnya:"Jika tidak merasa ada kedudukan  ataukemuliaan,dan tawaduk seseorang itu menurut kadar makrifatnya terhadap Allah dan dirinya."

Contoh tawaduk Rasulullah ; Rasulullah bersifat tawaduk tentang makan minum, pakaian kata-kata dan sebagainya.

CIRI-CIRI SIFAT TAWADUK

1. Menjauhi sifat takabur atau sombong

Mereka berjalan atas bumi ini dengan tenang dan ringan, tidak sombong dan tidak angkuh, tidak berjalan dengan sangat cepat yang menunjukkan sikap kasar, juga tidak berjalan dengan sangat perlahan yang menunjukkan sifat malas dan letih.berjalan dengan ringan, penuh semangat.

2. Bersederhana dalam semua segi termasuk dari segi makan minum berpakaian, berkenderaan, berkata-kata dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan.”(Surah Luqman, ayat 19).Maknanya mereka bersederhana dalam semua urusan tidak berlebihan atau keterlaluan sekali.

3. Bersikap lembut dan menjauhi sikap rakus berjalan di pelosok bumi untuk mencari rezeki dan tuntutan hidup dengan penuh kelembutan dalam batas yang diperkenankan Allah. Mereka tidak rakus, tamak, mensia-siakan kewajipan, melakukan hal yang diharamkan atau pun melakukan pembaziran. 

4. Mereka teramat jauh daripada sikap keras, menghina orang lain, sombong, berbangga diri dan berbesar diri. Mereka tidak berbuat kerosakan di muka bumi, mencari ketinggian, lebih mendahulukan keuntungan dan bersenang-senang dengan kenikmatan kehidupan duniawi.

5. Bersifat pemaaf dan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik .
ketika orang melontarkan ucapan buruk, mereka tidak membalas dengan ucapan yang sama namun memaafkannya.

CONTOH TAWADUK RASULULLAH ;
  • Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri menguruskan kerja rumah spt memerah susu,  menampal kasut, menjahit baju dan makan bersama-sama pembantu rumahnya.
  • Membeli sendiri barang keperluan rumahtangga dan membawanya balik.
  • Memberi salam lebih dahulu kepada tetamunya
  • Bersalam dengan sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin.
  • Memenuhi undangan sesiapa sahaja
  • Menerima  apa saja hidangan  yang disajikan
  • Seorang pemurah tetapi tidak membazir
KELEBIHAN SIFAT TAWADUK
  1. Akan di kasihi Allah dan Rasul
  2. Disukai oleh orang ramai.
  3. Mengelakkan wujudnya sifat sombong dan riak dalam diri seseorang.
  4. Melahirkan individu yang pemaaf  terhadap orang lain.
AKIBAT TIDAK BERSIKAP TAWADUK
  1. Melahirkan individu yang bersifat sombong dan takabur dengan kelebihan diri.
  2. Bersikap rakus, tamak, atau pun melakukan pembaziran.
  3. Akan mensia-siakan kewajipan, dan  melakukan hal yang   diharamkan.
  4. Bersikap keras, menghina orang lain.
  5. Melakukan kerosakan di muka bumi, kerana lebih mendahulukan  keuntungan dan bersenang-senang dengan kenikmat kehidupan duniawi.