Thursday 20 March 2014

Rukun Islam (Bahagian 3) - Bahagian Akidah Semester 1

IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan
  1. Melakukan ketaatan kepada Allah
  2. Menambahkan ilmu pengetahuan
  3. Membanyakkan amal ibadah
  4. Melazimi amalan-amalan sunat
Ciri-ciri individu yang bertambah iman
  • Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya
  • Banyak melakukan ibadah sunat
  • Melazimi berzikir
  • Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah
Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman
  1. Melakukan maksiat
  2. Melanggar hukum syarak
  3. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia
  4. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat
Ciri-ciri individu yang berkurang iman:
  1. Malas dalam melakukan ibadah
  2. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah
  3. Mempunyai akhlak yang buruk
Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna
  1. Memahami kehendak aqidah
  2. Melakukan ibadah dengan betul
  3. Mendampingi orang-orang yang soleh
  4. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh

Martabat Iman :

Kategori Iman
Huraian
Iman tidak bertambah atau berkurang/statik
Iman para malaikat
Iman sentiasa bertambah
Iman para nabi dan rasul
Iman bertambah dan berkurang
Iman umat Islam yang melakukan perintah Allah
Iman sentiasa berkurang
Iman orang fasik dan ‘asi
Iman yang ditolak
Iman orang munafik dan kafir

Kemanisan Iman

Takrif :
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.

Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman :
  1. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
  2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
  3. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka
Kesan individu yang mendapat kemanisan iman
  1. Mendapat kelazatan melakukan ibadah
  2. Membentuk individu yang berakhlak mulia
  3. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain
  4. Sedia berkhidmat untuk masyarakat