Tuesday, 4 March 2014

Munakahat / Perkahwinan (Bahagian 11) - Bahagian Ibadah Semester 3

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

a. Konsep Keibubapaan

Matlamat pendidikan : membentuk anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa sebagai amal jariah.

Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya:

“Apabila manusia mati maka terputuslah segala amalannyamelainkan tiga perkara: Sedekah jariah(berterusan),ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya”

b. Hukum melaksanakan tanggung jawab : wajib

c. Cara melaksanakan tanggung jawab :

i. Semasa Mengandung
  1. Mendekatkan diri kepada Allah
  2. Melakukan perintah Allah
  3. Menjauhi maksiat
  4. Membaca al-Qur’an
  5. Menjaga akhlak
  6. Membuat pemeriksaan berkala
  7. Menjaga pemakanan
  8. Banyakkan berehat
ii. Selepas Kelahiran :
1. Bayi baru lahir disunatkan :
  • Azan dan iqamah
  • Bertahnik
  • Menamakan dengan nama yang baik
  • Mencukur dan bersedekah
  • Melakukan akikah
2. Pendidikan Islam – asas-asas keimanan : rukun iman, rukun Islam dan prinsip-prinsip syariah 
3. Pendidikan Moral – akhlak dan budi luhur
4. Pendidikan Jasmani – penjagaan kesihatan, makan minum dan kebersihan diri. 
5 .Pendidikan intelektual – ilmu fardu ain dan kifayah 
6. Pendidikan rohani – sifat-sifat positif 
7. Pendidikan sosial – konsep persaudaraan, menjaga hak-hak orang lain, batasan aurat dan pergaulan. 
d. Implikasi Pengabaian Tanggung jawab Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak

  1. Membentuk individu yang bersifat individualistik/ mementingkan diri sendiri
  2. Melahirkan individu yang lemah dan tidak mempunyai jati diri
  3. Anak-anak mudah terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah
  4. Terdorong untuk melakukan perlakuan jenayah.
  5. Menimbulkan kebencian Allah dan masyarakat