Wednesday, 12 March 2014

Iktibar Sejarah Kegemilangan Dan Faktor Kemerosotan - Bahagian Tamadun Semester 3

IKTIBAR SEJARAH KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH

  • Banyak kemajuan sains dan teknologi Eropah di ambil dari zaman kegemilangan Abbasiyah melalui tentera salib.
  • Ciri-ciri kubu pertahanan dan ketenteraan Eropah banyak diambil oleh orang Eropah
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kelemahan pemerintah
  • Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
  • Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara.
  • Saudara al-Wasiq iaitu al-Mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa Turki dan Parsi.
  • Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah.

Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah
  • Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas
  • Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi.
  • Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendiri.
  • Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa Abbasiyah.
Perebutan kuasa
  • Putera-putera Al-Mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyah.
Kegawatan ekonomi
  • Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah.
  • Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.
Perselisihan aliran fahaman keagamaan
  • Pemberontak dari golongan Syiah dan Khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah.
  • Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
  • Keadaan ini mengganggu keamanan negara.
Serangan dari luar

  • Kerajaan Abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara (Gorgia& Arminia), barat (tentera salib) dan timur (kerajaan Monggol)
  • Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.
  • Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah.
  • Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.
IKTIBAR SEJARAH KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH
  • Pentingnya nilai perpaduan
  • Peranan khalifah semasa mentadbir negara perlu ditingkatkan dan bukan berharap kepada orang bawahan semata-mata.