Tuesday, 18 March 2014

Rukun Islam (Bahagian 1) - Bahagian Akidah Semester 1

RUKUN ISLAM

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat

(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)


1. MENGUCAP  DUA KALIMAH  SYAHADAT

Makna "La ilahaIllallah"Iaitu, tidak ada yang berhak disembah secara hak dibumi mahupun dilangit melainkan Allah semata-mata. "TiadaTuhanSelain ALLAH"

Syahadat “Muhammad Rasulullah”Maknasyahadat Muhammad Rasulullah adalah mengetahui dan meyakini bahwa Muhammad utusan Allah kepada seluruh manusia, dia seorang hamba biasa yang  tidak boleh disembah, sekaligus rasul yang tidak boleh didustakan. Akan tetapi harus ditaati dan diikuti. Siapa yang mentaatinya masuk syurga dan siapa yang menderhakainya masuk neraka.

DALIL NAQLI

Berdoalah kepada-Ku, nescaya Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (yakni berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka dalam keadaan hina  dina (Al Mukmin : 60)”

2. SOLAT  LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Merupakan satu interaksi antara Allah dengan seorang muslim dimana  ia bermunajat dan berdoa kepada-Nya. Juga untuk menjadi satu pencegah bagi seorang muslim dari perbuatan keji dan mungkar sehingga ia memperoleh kedamaian jiwa dan badan  yang dapat membahagiakannya didunia dan akhirat.

DALIL NAQLI

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ata sorang-orang yang beriman (An Nisa: 103)”

3. PUASA PADA BULAN RAMADHAN

Seorang muslim berniat puasa sebelum waktu subuh (fajar). Kemudian menahan diri dari makan, minum dan jima’ (hubungan lain jenis) hingga terbenamnya matahari kemudian berbuka. Ia kerjakan hal itu sepanjang bulan Ramadhan. Dengan itu ia menghendaki redha Allah ta’ala dan beribadah kepada-Nya.

Dalam puasa terdapat beberapa manfaat tak terhingga. Di antaranya :
  1. Merupakan ibadah kepada Allah dan menjalankan perintah- Nya. Seorang hamba meninggalkan syahwatnya, makan dan minumnya demi Allah. Hal ini merupakan diantara yang terbesar mencapai taqwa kepada  Allah ta’ala.
  2. Manakala manfaat puasa dari sudut kesihatan, ekonomi, social sangat banyak. Tidak dapat diketahuiny aselain mereka yang berpuasa atas dorongan akidah dan iman.
4. MENGELUARKAN ZAKAT

Nisbah emas sebanyak 20 mitsqal- Nisbah perak sebanyak 200 dirham atau matawang kertas yang senilai dengannya.- Barang-barang dagangan yang telah cukup nisbahnya, hendaklah dikeluarkan zakatdarinya.- Kadar zakatbagiemas, perak dan barang-barang dagangan ialah 2.5 % setiap tahun. – Manakala biji-bijian dan buah-buahan 10 % dari hasil tanamannya.

5, MENUNAIKAN IBADAH HAJI DI BAITULLAH (MEKAH)

Dalam ibadah haji terdapat banyak manfaat :
  1. Haji merupakan ibadah kepada Allah ta’ala dari segi ruh, badan dan harta.
  2. Ketika musim haji kaum muslimin dari seluruh negara, dapat berkumpul dan bertemu disatu tempat. Mereka mengenakan pakaian dan menyembah Allah dalam satu waktu yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemimpin dan yang dipimpin, kaya mahupun miskin, kulit putih mahupun kulit hitam. Semua merupakan makhluk dan hamba Allah. Kaum muslimin dapat bertaaruf (saling kenal) dan taawun (saling tolong menolong).  Mereka sama-sama mengingati pada hari Allah membangkitkan mereka dan mengumpulkan mereka dalam satut empat untuk dihisab  (penghitungan amal) sehingga mereka mempersiapkan diri untuk kehidupan setelahmati dengan  mengerjakan ketaatan kepada Allah ta’ala.