Sunday 26 January 2014

Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah Terbentuk? - Bahagian Tamadun Semester 4

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

  1. Bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia.
  2. Pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.
  3. Pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul menguasai kerajaan lain dan akhimya membentuk kerajaan Uthmaniyah.
  4. Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi serta pemimpin masyarakat bersatu dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.
  5. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kernudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri.
Apakah yang difahamkan dengan semangat Ghazi?

Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam.

Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?

Kumpulan tentera elit yang terlatih dalam ketenteraan yang diberi latihan fizikal dan ketenteraan terutamanya selok belok, taktik dan teknik peperangan sejak dari kanak-kanak.