Monday 20 January 2014

Perluasan Empayar Dan Sumbangan Kerajaan Utthmaniyah - Bahagian Tamadun Semester 4

Kerajaan Turki Uthmaniyah
 Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah 
  1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
  2. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
  3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah. 
  4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi. 
  5. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukkan. 
Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
  1. Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
  2. Penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
  3. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.
  4. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.
  5. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.
Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
  1. Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.
  2. Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
  3. Apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
  4. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.
  5. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa. 
  6. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam. 
  7. Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi. 
  8. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah. 
  9. Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan. 
  10. Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam. 
  11. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah. 
  12. Seni bina – masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.