TAJUK: KONFLIK DI TEMPAT
KERJA
TUJUAN:
Memberi pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat menangani konflik yang
mana mungkin berlaku di
tempat kerja dan cara-cara mengatasinya.
tempat kerja dan cara-cara mengatasinya.
PENERANGAN:
Definisi Konflik
Konflik, dalam maksud
yang mudah dapat dihuraikan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih
pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula
menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam
pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan,
kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan.
Walaupun
definisi-definisi konflik yang dinyatakan tersebut memberi pengertian negatif
namun terdapat juga konflik yang bermanfaat iaitu konflik yang menyokong
matlamat organisasi dan memperbaiki tahap pencapaian organisasi. Ini bermakna
konflik tersebut menjadi sumber perubahan yang progresif kepada organisasi.
Manakala konflik tidak bermanfaat ialah konflik yang menghalang unsur-unsur
positif dalam menuju pencapaian matlamat.
Punca-punca Konflik
Ada tiga kelompok besar yang disebut sebagai sumber konflik di tempat kerja, iaitu konflik kerana salah fahaman ketika berkomunikasi (cara berbual, sikap, dan alat komunikasi misalnya), kerana perbezaan individu (kepentingan, nilai, pengalaman, dan lain-lain), dan kerana pekerjaan (jenis kerja, penggunaan kemudahan tempat kerja, pembahagian tugas, dan sebagainya).

Kebaikan dan Keburukan Konflik
Berbahayakah
konflik di tempat kerja? Pelbagai jawapan pasti muncul seperti berbahaya atau
tidak berbahaya. Konflik merupakan sebahagian daripada pengalaman hubungan
antara peribadi (interpersonal experience). Kerana tidak dapat dihindari, maka
sebaiknya konflik dikelolakan dengan efektif, sehingga dapat bermanfaat dan
dapat menciptakan perbezaan serta pembaharuan ke arah yang lebih baik dalam
organisasi.
Ada pihak mengatakan bahawa konflik itu negatif dan merosakkan organisasi. Konflik sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada organisasi. Sebagai contoh, pengembangan konflik yang positif dapat digunakan oleh organisasi bagi memperbaiki kelemahan yang ada.
Konflik merupakan sebahagian daripada pengalaman hubungan antara peribadi (interpersonal experience). Kerana tidak dapat dihindari, maka sebaiknya konflik dikelola dengan efektif, sehingga dapat bermanfaat dan dapat menciptakan perbezaan serta pembaharuan ke arah yang lebih baik dalam organisasi.

Tindakan Dalam Menangani Konflik
Untuk menangani
konflik dengan berkesan, kita harus mengetahui kemampuan diri sendiri, dan juga
pihak-pihak yang mempunyai konflik. Ada 4 kaedah yang berkesan bagi
mengatasinya:-
1. Muhasabah diri sendiri
Bagaimana kita
biasanya menghadapi konflik? Kaedah apa yang biasanya digunakan? Apa yang
menjadi dasar dan persepsi kita. Perkara ini penting untuk dilakukan sehingga
kita dapat ‘mengukur kekuatan’ kita.
2. Membuat penilaian
terhadap pihak-pihak yang terlibat
Sangat penting
bagi kita untuk mengetahui pihak-pihak yang terlibat. Kita dapat mengenal pasti
kepentingan apa saja yang mereka miliki, bagaimana nilai dan sikap mereka
terhadap konflik tersebut dan apa perasaan mereka atas terjadinya konflik.
Kesempatan kita untuk berjaya dalam menangani konflik semakin besar jika kita
melihat konflik yang terjadi dari semua sudut positif.
3. Mengenal pasti punca
konflik
Seperti dinyatakan
di atas konflik tidak muncul begitu saja. Punca konflik sebaiknya dapat dikenal
pasti supaya matlamat pengendalian masalah lebih terarah kepada sebab konflik.
Oleh itu, harus dikenal pasti terlebih dahulu puncanya.
4. Ketahuilah segera
pilihan penyelesaian konflik
Mengetahui
pilihan penyelesaian atau menangani konflik yang ada dan memilih yang tepat.
Strategi Atau Teknik Penyelesaian Konflik
Di samping empat
perkara di atas, terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam
menyelesaikan konflik yang berlaku seperti yang ditunjukkan dengan lebih jelas
dalam Rajah 1 di bawah.
Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan,
kompromi, pengelakan, penyesuaian dan permuafakatan bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan.
Rajah 1 : Strategi
Mengatasi Konflik
1. Persaingan
Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan
ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing
untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang
kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang
ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan
dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia
apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara
terbuka.
2. Pengelakan
Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu
untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli
kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang
rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu
konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab
tertentu.
3. Berkompromi
Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar-menawar.
Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada
penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan
masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna
berlaku situasi menang-menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses
penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang
menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.
4. Penyesuaian
Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara
perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan
konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang
lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya
memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu
berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan
namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah.
5. Permuafakatan
Strategi yang terakhir ialah permuafakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua
pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap
bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan
menjadi keutamaan.
Beberapa panduan
tentang penyelesaian konflik
1. Memastikan komunikasi antara pihak yang terlibat
sentiasa dikekalkan.
2.
Cuba seberapa
boleh mendapatkan penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua pihak.
3. Gunakan mediator jika konflik tidak dapat
diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertelingkah.
4. Kenal pasti sifat-sifat agresif, suka mendesak
dan pasif supaya konflik boleh cegah dan dihindarkan.
Kesimpulan
Setiap organisasi menghadapi konflik yang berlaku dalam urusan seharian.
Namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititikberatkan demi
menjayakan matlamat organisasi. Walaupun konflik sering dilihat meninggalkan
kesan negatif namun ia juga memberi impak positif. Pengawalan konflik ke satu
tahap tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan
kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian, konflik yang berlaku perlu diatasi
sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang
berlaku.
SOALAN:
1.
Nyatakan definisi
konflik.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2.
Nyatakan punca-punca

3.
Berikan kebaikan dan
keburukan konflik di tempat kerja.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4.
Jelaskan kaedah dalam
menangani konflik di tempat kerja anda.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233973