Tuesday 7 January 2014

Kertas Penerangan EMPLOYABILITY SKILLS - Maklum Balas Dan Tindak Balas Dalam Organisasi (Respons)



TAJUK:        MAKLUM BALAS  DAN TINDAK BALAS DALAM ORGANISASI (RESPONS)

TUJUAN:
      Supaya pelatih-pelatih dapat memahami tanggung jawab serta peranannya untuk memberi 
      maklum balas dan juga melakukan tindak balas yang tepat kepada orang dan dalam situasi yang 
      betul untuk mencapai objektif organisasi.

PENERANGAN:

1.   Organisasi
Organisasi diwujudkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai matlamat dan berperingkat bagi mencapai sesuatu objektif yang sama.Untuk memastikan perjalanan organisasi teratur dan lancar tugasan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada orang-orang dalam organisasi mengikut kedudukan dan bidang tugas yang sesuai.

Setiap orang dalam organisasi bertanggungjawab di antara satu sama lain mengikut kedudukan dan aliran komunikasi seperti dalam carta organisasi, contohnya seorang penyelia bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pengurus, manakala pekerja membuat laporan kepada penyelia, pekerja bawahan tidak boleh membuat laporan terus kepada pengurus tanpa terlebih dahulu memaklumkan atau berbincang dengan penyelia.

Selain daripada mengikut saluran yang betul, seseorang itu perlu melihat situasi kerja di mana setiap maklum balas dan tindak balas mestilah mengikut kesesuaian dengan perkara yang hendak disampaikan dan kepada siapa hendak disampaikan, kegagalan seseorang memberi maklum balas dan tindak balas yang  betul akan menjejaskan prestasi dan reputasi sesebuah organisasi itu sendiri.


2.    Maklum balas

Maklum balas ialah untuk mendapatkan jawapan dalam bentuk maklumat daripada orang yang telah kita hantarkan mamklumat kepadanya terlebih dahulu. Contohnya, seseorang yang mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan


3.    Tindak balas

Merupakan tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang setelah menerima maklumat daripada penerima. Contohnya seseorang yang menerima arahan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Untuk mencapai objektif dalam organisasi semua individu perlu memainkan peranan masing-masing serta bertindak dengan cekap dalam mentafsirkan maklumat yang diterima dengan tepat supaya sesuatu tindakan kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki.
Contohnya, operator pengeluaran dari semasa ke semasa menerima arahan daripada ketua kumpulan atau penyelia untuk mengendalikan kerja-kerja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah jumlah target yang mesti dicapai, peratus kecacatan yang yang rendah, waktu kerja, waktu rehat dan sebagainya. Selepas menarima arahan tersebut operator dikehendaki melaksanakan kerja tersebut. Adakalanya sebahagian daripada hasil kerja tidak mencapai target yang diharapkan. Kebiasaannya ketua kumpulan atau penyelia akan meluahkan rasa tidak puas hatinya.


4.   Ciri-ciri situasi maklum balas dan tindak balas
Oleh itu, bagi mencapai matlamat kerja yang diharapkan, seharusnya kita perlu mengambil kira situasi semasa dalam menyampaikan maklumat yang memerlukan maklum balas serta tindak balas yang cepat dan tepat. Antara ciri-ciri situasi yang perlu diambil kira ialah:-

(a) Pastikan suasana persekitaran yang sesuai
(b) Nyatakan tujuan dengan jelas
(c) Nyatakan apa yang diharapkan
(d) Gunakan kaedah komunikasi yang sesuai
(e) Fahami masalah yang timbul
(f)  Beri peluang untuk memberikan pandangan
(g) Berbincang dalam suasana mesra  

Kegagalan memberi tindak balas yang cepat dan tepat boleh mendatangkan kerugian pada sesebuah organisasi.  Oleh itu, menjadi tanggungjawab ketua organisasi untuk membuat prosedur tatacara dalam mendapatkan maklum balas dan tindak balas.

Memberikan latihan kepada kakitangan merupakan satu kaedah dalam mengatasi kelemahan pekerja dalam memberikan tindak balas segera dan berkesan.

Jenis-jenis latihan yang sesuai untuk diberikan kepada pekerja supaya mampu untuk memberikan tindak balas yang positif ialah:-

a)  Teknik Komunikasi berkesan - pendedahan cara berkomunikasi yang betul daripada     penghantar kepada penerima maklumat:-

(i)        Etika kerja yang baik
(ii)       Kerja berpasukan
(iii)      Tanggungjawab sosial

b)  Teknik Komunikasi berkesan

c)   Etika kerja yang baik – mengamalkan etika kerja yang baik antaranya menepati
waktu, bekerja dalam suasana muhibah, berfikiran positif, rajin, jujur, ikhlas dan    amanah

d)      Kerja berpasukan – membuat keputusan kerja dengan mengambil kira pendapat dan
pandangan rakan sekerja

e)     Tanggungjawab sosial – memberi tanggungjawab dan pendedahan dalam melakukan
kerja-kerja sosial dan berpersatuan


Kesimpulannya setiap pekerja bertanggungjawab kepada organisasinya dalam mencapai
objektif  yang telah ditetapkan dengan memainkan peranan masing-masing.

Antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan maklum balas dan tindak balas
yang cepat dan tepat. Kegagalan bertindak balas akan merugikan organisasi dalam
merebut pelbagai peluang. Walau bagaimanapun, sesuatu tindak balas perlu dilakukan
dengan mengambil kira situasi, sesuatu tindakan yang diambil perlu mengambil kira
pelbagai perkara kerana tindak balas yang dilakukan tanpa mengambil kira situasi akan
membuatkan sesuatu objektif tidak dicapai sepenuhnya.



SOALAN:


       1. Terangkan apa yang di maksudkan dengan Maklum balas dan Tindak balas ?

            ______________________________________________________________

            ______________________________________________________________
          
            ______________________________________________________________

            ______________________________________________________________


       2. Nyatakan apakah kesannya kepada organisasi jika pekerjanya lambat memberi
           maklumbalas dan bertindakbalas dalam menjalankan kerja?

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________


3.  Sebagai seorang Penyelia, apakah tindakan anda jika mendapati pekerja bawahan
anda kurang berupaya untuk memberi tindak balas yang positif dalam kerja-kerja
yang dilakukan?

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________


  1. Nyatakan ciri-ciri situasi yang perlu diambil kira dalam memberi maklum balas dan
      Tindak balas

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________

           ________________________________________________________________


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233973