Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah.
- Mampu bertahan hingga 600 tahun dengan menakluki sebahagian Eropah.
- Sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah.
- Memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama semasa pemerintahan Suleiman I dikenali sebagai Kanun Suleiman.
- Memperkenalkan jawatan seperti Kadi dan Mufti telah dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.
- Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan agama dan sains undangundang digunakan hingga ke hari ini.
- Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara dunia Islam dengan dunia bukan Islam.
- Menguasai pelabuhan membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.
- Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada mobiliti sosial dalam masyarakat Eropah.
- Berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
- Memperkembangkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
- Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.
- Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.
- Sumbangan dalam seni bina masjid.