Sebab-sebab kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan Bani Abbasiyah.
- Orang Islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbar mengganggap mereka telah didiskriminasikan.
- Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap layak.
- Mereka juga dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam.
- Golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah.
- Para khalifah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
- Khalifah Umaiyah mengabaikan ajaran Islam yang membangkitkan kemarahan rakyat.
- Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terns ditentang oleh golongan Syiah dan Khawarij.
- Ali bin Abdullah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untuk mendapat sokongan rakyat menentang Kerajaan Umaiyah.